MAJLIS MAKAN MALAM DAN ANUGERAH NUMISMATIK 2015 ANJURAN KELAB WARISAN NUMISMATIK MALAYSIA PADA 21-11-2015

Anjuran Majlis Makan Malam Dan Anugerah Numismatik 2015 Pada 21-11-2015 Oleh Kelab Warisan Numismatik Malaysia Di Kuantan, Pahang.
Kelab Warisan Numismatik telah ditubuhkan pada 3hb. April 2012 oleh Dato Sharuddin Yusof selaku Presiden Kelab Warisan Numismatik dengan didaftarkan dibawah Pendaftar Pertubuhan Syarikat ROS nombor CA0184074-D dan dibenarkan bagi menjalankan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan Warisan Numismatik meliputi aktiviti membeli dan menjual , mengadakan Pameran, Lawatan, Kursus dan Seminar berkaitan dengan wang lama dan menjadi Kelab yang mengendalikan keahlian kelab duit lama .
Antara Anugerah-Anugerah Numismatik yang akan di anugerahkan pada Tokoh-Tokoh yang terpilih pada malam 21-11-2015 ialah:

(1) Tokoh Numismatik Tahun 2015.
(2) Tokoh Numismatik Kesultanan Melayu 2015.
(3) Anugerah Khas Kepimpinan Numismatik 2015.
(4) Anugerah Khas Penulis Blog Numismatik 2015.
(5) Anugerah Khas Penulis Buku Numismatik 2015.
(6) Anugerah Khas Numismatik Wanita 2015.
(7) Anugerah Khas Numismatik Termuda 2015.
(8) Anugerah Khas Koleksi Kupon 2015.
(9) Anugerah Khas Koleksi  Buku Rujukan Numismatik 2015.
(10) Anugerah Khas Koleksi Shiling Mistik 2015.
(11) Anugerah Khas Kelab Facebook Numismatik 2015.
(12) Anugerah Khas  Rakan Niaga Numismatik 2015.

Semoga Berjaya Dan Happy Niewmismatics!

0 comments:

Post a Comment